
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah diperbadankan pada tahun 1995 merupakan syarikat konsesi dan penyedia jaringan lebuh raya terbesar di Lembah Klang. PROLINTAS kini memiliki Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan kini sedang di peringkat akhir pembinaan dua lagi lebuh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). PROLINTAS adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Live Trivia!
18-11-2021Live Trivia adalah rancangan permainan oleh Minggu Saham Digital dan Rakan episod ini ialah PROLINTAS Sdn Bhd. Tonton dan sertai secara langsung dengan menjawab soalan-soalan bersama hos selebriti kami melalui Facebook Live. Adakah anda akan menjadi salah satu pemenang bertuah? Dengan e-baucar bernilai RM1,100 untuk dimenangi, jangan ketinggalan!
Dibawakan Khas Oleh   
"Elevating Lives" bersama PROLINTAS
18-11-2021Ketahui lebih lanjut bagaimana Prolintas meningkatkan kehidupan dengan pembangunan infrastruktur terbaharu mereka bersama Encik Badri Ibrahim, Pengurus Komunikasi Korporat PROLINTAS, Kumpulan Syarikat PROLINTAS, pada 18 November 2021, jam 3.30 petang.
Dibawakan Khas Oleh