
Jewel Digital Ventures Sdn Bhd (“JDV") adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (“PNB”) untuk menerajui strategi digitalisasi, mencari peluang peningkatan transformsi dan inovasi dalam mengalakkan daya saing organisasi. JDV menerokai pelaburan dan pembangunan dalam syarikat permulaan berteknologi (FinTech) tempatan dan serantau. Mandat JDV adalah untuk merancang, menginkubasi, melancar dan merealisasi produk-produk inovatif berteknologi (FinTech) untuk tujuan pembangunan ekonomi semua rakyat Malaysia.